Khamis, 20 Oktober 2011

PERKAHWINAN...

sebut saja soal perkahwinan tentu bakal pengantin banyak yang sakit kepala untuk memikirkan berbagai persediaan menjelang perkahwinan...mana nak cari baju, mengubah hantaran, menyediakan pelamin dll...



di BUTIK PENGANTIN EKONOMI kami menyediakan pakej termurah serendah RM200 bagi sepersalinan pakaian pengantin...untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn Hawa/Shima 014-2434584 di alamat Blok E-G-15 jalan perda utama bandar perda 14000 bukit mertajam pulau pinang



PERSEDIAAN PERKAHWINAN...

sudah bersediakah anda untuk menetapkan belanjawan belanja perkahwinan anda? Jika belum mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.
  1. Wang hantaran (7,000)
  2. Barang hantaran
  3. Kad jemputan
  4. Katering (10,000)
  5. Kemah/kanopi
  6. Pelamin
  7. Baju pengantin
  8. Mak andam
  9. Jurugambar
  10. Hiasan bilik pengantin
  11. Bunga telur
  12. Kompang
  13. Sistem audio
  14. DJ
Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebih 20 ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak itu?tentu pening kepala anda memikirkan soal perbelanjaan perkahwinan bukan.....tetapi anda tidak perlu risau lagi kerana di Butik Pengantin Ekonomi ada menyediakan sewa Pakej Persalinan Pengantin serendah RM200 untuk dipakai pada hari bahagia anda....

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN



Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.
Huraiannya adalah seperti berikut :-

1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mampu untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat  mencapai tujuan perkahwinan.  Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Demikian huraian hukum-hukum perkahwinan yang boleh dijadikan panduan dan juga  pengajaran yang baik kepada sesiapa yang hendak berkahwin.